Isnin, 2 November 2009

ANUGERAH SUKAN UNTUK SEMUA (ASUS) PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Kelab Motocross Sungai Dusun telah melakar satu lagi kejayaan apabila dianugerahkan sebagai Naib Johan Kategori Pertubuhan Sukan dalam Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) Peringkat Negeri Selangor.

Anugerah telah disempurnakan oleh En Mohd Azhari Bin Mohamad Pengarah (Kecergasan Nasional) Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negara di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 31 Oktober 2009.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah...Tahniah atas anugerah yang diterima.....terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dari dulu hingga sekarang....

    BalasPadam