Isnin, 13 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Kami warga KMXSD mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf Zahir & Batin kepada semua rakan  dan seluruh muslimin dan muslimat.

Isnin, 9 Ogos 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM FELDA SOEHARTO

Program Ziarah Warga Tua Felda Soeharto yang uzur, sakit dan lumpuh dengan menyalurkan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan.

Program ziarah melibatkan 64 rumah warga tua anjuran KMXSD dengankerjasama JKKR Soeharto ini adalah yang julung kali diadakan. Turut serta YB P. Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor, SERANTA, GWGF, D'Mart Soeharto, Imam Masjid Altaufikiah dan warga Soeharto.Wang Tunai dan barang sumbangan adalah tajaan dari YB P. Kamalanathan, Pasaraya TF Valuemart Bandar Behrang 2020, Dmart Soeharto & KMXSD.

TERIMA KASIH kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Rabu, 14 Julai 2010

Terima Kasih Kepada Semua Yang Telah Menjayakan Program Gotong- Royong Perpaduan Bersepadu Felda Soeharto 2010





                                                                         




     

JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua yang telah menjayakan Program Gotong Royong Perpaduan Bersepadu Felda Soeharto, terutamanya kepada YDH Dato' Setia Mohamad Adzib Bin Mohd Isa yang telah sudi menyempurnakan upacara perasmian dan pelancaran program, warga Felda Soeharto , Ahli & AJK KMXSD, Pelajar SMKKS, Pejabat Felda Soeharto, Kakitangan SYABAS, Kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor, JKKR Felda Soeharto, MBFM Soeharto, Jabatan Pertanian Hulu Selangor, Pejabat Majlis Agama Islam Selangor, Ahli Parlimen Hulu Selangor, YDP MDUS & Semua VIP yang sudi hadir…………

Sabtu, 3 Julai 2010

GOTONG ROYONG PERPADUAN BERSEPADU FELDA SOEHARTO








GOTONG-ROYONG PERPADUAN BRSEPADU FELDA SOEHARTO




"Masjid Dan Surauku Bersih, Kampungku Ceria"





JOM BALIK KAMPUNG GOTONG- ROYONG!




Salam kepada semua warga FELDA Soeharto tak kiralah kat mana juga berada jom kita ceriakan masjid dan surau kita.... Kita terapkan nila-nilai murni yang suci serta ketaqwaan kehadrat Allah SWT sempena menyambut bulan Ramadhan yang hampir tiba.




“Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat” 

Ahad, 25 April 2010

KEJOHANAN MOTOCROSS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010


Kejohanan anjuran bersama Kementerian Belia & Sukan Malaysia dan
Kelab Motorcross Sungai Dusun ini telah berlangsung pada 24 April 2010 di
Litar Motorcross Sungai Dusun.
Dirasmikan oleh YB Dato Shabery Bin Cheek
Menteri Belia &  Sukan Malaysia.

YB Pn. Noriah Kasnon Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
turut hadir menyampaikan hadiah kepada peserta dan 
merasmikan acara penutup kejohanan pada kali ini.
                                                                      
         YB Pn Noriah Kasnon mengibarkan bendera pelepasan peserta X-Tra Event.


Antara peserta yang mengungguli acara X-Tra Event
Juara disandang oleh James Robo Robinson dari New Zealand